Keunikan Sultan Johor itu sebab Baginda tidak Bertengkolok tetapi Baginda Sultan Johor itu
Bermahkota Diraja.
Mahkota Diraja Sultan Johor diperbuat daripada logam yang berkualiti tinggi, bertatahkan batu permata diantaranya 6 biji berlian besar, 3 biji batu delima merah, 4biji batu nilam biru besar.
Balang mahkota mengandungi 1450 biji berlian kecil. Bulan dan bintang bersalut dengan berpuluh berlian kecil yang bergemelapan.
Mahkota Diraja ini adalah ilham dari Almarhum Sultan Abu Bakar dan dibuat pada tahun 1886 oleh syarikat J.W Benson, London.

